Thursday, October 23, 2008

Dara #7



dalam sepi begini perlukah kau bersuara
biar saja mata dan senyum melukis rasa
aku hanya mahu duduk kaku merenungmu
membelai helaihelai rambut lembut dibahumu

dalam dingin begini perlukah kau berselimut
biar saja nafas kita panaskan suasana
aku hanya mahu duduk rapat memeluk
mengintai rahasia mahu mengerti semua

dalam gelap begini perlukah kau terangi
biar saja kuraba dan kurisik segala rahasia
aku hanya mahu genggam jari jemari
mendakap erat mimpi mimpi lama berusia

dalam sunyi ini perlukah kau bernyanyi
biar saja aku duduk bersamamu di sisi
aku hanya mahu merenung bulat mata
menyentuh seluruh gemuruh di dada

dara,
sepi pun tidak aku kesunyian
dingin pun tidak aku kesejukan
malah,
gelap pun kadangnya tidak aku kekelaman
dan sunyi pun aku masih tidak kebuntuan
kerana sebenarnya
kau selalu saja
ada...

3 comments:

Ryn said...
This comment has been removed by the author.
Lyn said...

Art,

Sorry I deleted the comment because I made some really embarassing grammar mistakes. The OCD part of me had to delete it.
Anyways, I love this poem, can't decide which verse that I like the most. Too beautiful. :-)

art harun said...

Thanks Lyn for the kind words.

I had always wanted to make a study of contras or oppositism in a poem. This is the result of my experiment in such matter.

I am glad that you like it.