Friday, December 21, 2007

dara #5


subuh tadi kau lagi bertandang
kau lagi tersimpuh tersenyum
harum bagai mawar sekuntum

kelmarin hanya titistitis tinta biru
dihelaian kertas rapuh kekuningan
saban hari duduktunduk menunggu
ungkapan kata bisik mesra dari jauh
senja perang warna diufuk barat
membawa sejuk dalam kelam malam
dalam sepi rindu menagih hadirmu
masa bagai lekat, waktu membeku

namun tinta bagai tak mampu melafaz
rasarasa dan rona biru dipenjuru dada
subuh dibutuhi, bagai sentuhan embun
dipucuk kekeringan sehelai daun
namun yang datang hanya kepanasan
dan sebuah gurun terdampar kegersangan
tiada nyanyi senda gelak tawa ria jeling manja
tiada…..tiada…..tiada!

sekali sekala burung tiong bercerita
dari atas dahan rapuh pohon rimbun
nun di atas bulan tersenyum melihat kejora
unggasunggas malam bagai berpantun
namun dalam dada cuma hiba nestapa
sepi itu sebenarnya derita cuma
rindu itu biasanya suatu kehilangan
dalam kelammalam mencari harapan

dara
aku masih tidak bisa akur
bahawa kita telah hancur lebur
kerana
kala subuh tadi kau bertandang
syair lama lagi berdendang.

1 comment:

Noreen said...

This language, the words n metaphors; they are beautiful :-)