Tuesday, May 1, 2007

dara #3


sering juga aku bertanya
antara kita siapa perindu

kerana bulat mata dan senyum itu
bersama hitam ikal mayangmu
bagai membeku dalam waktu
namun masa dan jarak pemisah
membawa keluh kesah resah
bagai malam membawa kelam
sepi menerkam mencengkam

seribu ragu mengintai
sejuta dusta melambai

masa sebenarnya melalikan kita
jarak lumrahnya memakan semua
mengikis menghakis menghiris nipis
rasarasa didada dan ronarona rindu
tersadai usang termanggu dipenjuru
malammalam sepi didaerah sendu
kita bagai tidak mampu bersatu

kalanya aku rasa, dara
rindu itu bukan milik kita…

No comments: